MyFutureJobs for Recruitment

hero background

Blog

October 30, 2020, Author: admin

Employers need to advertise vacancies at MyFutureJobs for recruitment of foreign employees and employees of trade officers – Starting November 1, 2020

Click here to download the complete document – http://mra.com.my/wp-content/uploads/2020/10/Pengiklanan-Jawatan-Kosong-di-Laman-Sesawang-MYFutureJobs.pdf

MAJIKAN PERLU IKLANKAN KEKOSONGAN JAWATAN DI MYFUTUREJOBS UNTUK PENGAMBILAN SEMULA PEKERJA ASING DAN PENGGAJIAN PEGAWAI DAGANG MULAI 1 NOVEMBER 2020

MAJIKAN PERLU IKLANKAN KEKOSONGAN JAWATAN DI MYFUTUREJOBS UNTUK PENGAMBILAN SEMULA PEKERJA ASING DAN PENGGAJIAN PEGAWAI DAGANG MULAI 1 NOVEMBER 2020

  1. PUTRAJAYA – Semua majikan yang berhasrat untuk menggajikan pekerja asing melalui program pengambilan semula (re-hiring) dan juga permohonan pengambilan pegawai dagang (expatriate) diwajibkan terlebih dahulu mengiklankan kekosongan jawatan tersebut di portal pekerjaan nasional, MYFutureJobs, berkuatkuasa 1 November 2020.
  2. Pengiklanan kekosongan jawatan di MYFutureJobs hendaklah tidak kurang daripada 14 hari bagi program re-hiring pekerja asing (yang sedia ada dalam negara) dan 30 hari bagi permohonan pegawai dagang. Ini akan disusuli dengan sesi menemuduga calon bersama wakil majikan dan agensi Kementerian Sumber Manusia, iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Maklumat seperti nama jawatan, gaji yang ditawarkan, kelayakan akademik atau kemahiran dan kompetensi yang diperlukan wajib dipaparkan di MYFutureJobs.
  3. Pada masa yang sama, majikan juga dikehendaki mendaftar dan membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAX) sebagai syarat pematuhan kepada undang-undang perburuhan bagi penggajian pekerja bukan warganegara.
  4. Mulai 1 November 2020 juga, mana-mana majikan dan pekerja yang menggunakan JobsMalaysia akan diubah hala (re-direct) ke portal MYFutureJobs.
  5. Ini bertujuan untuk menjadikan MYFutureJobs sebagai single window atau platform tunggal bagi Kementerian Sumber Manusia memantau padanan pekerjaan yang melibatkan rakyat tempatan. Ia juga untuk memastikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia diberi keutamaan. Permohonan pekerja asing atau pegawai dagang hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada rakyat Malaysia yang berminat memohon jawatan berkenaan.
  6. Sehubungan itu, saya meminta supaya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO membantu pihak majikan mengaturkan sesi temuduga di premis majikan atau mana-mana lokasi yang dipersetujui. PERKESO juga hendaklah menghebahkan kekosongan jawatan tersebut terutamanya bagi kekosongan pegawai dagang kepada semua rakyat Malaysia melalui pelbagai saluran media.

DROP US AN ENQUIRY

Let us know if you have any enquiry or question about us. We’ll try our best to help you.

*Required fields